RSS

Arkib Kategori: Exora Milik Aku

>Tukar penutup tempat isi minyak

>

Hari ini 7/06/2011, akubalik dari cangkulan(kerja), terus pergi ke Proton Edar Service Center Seksyen 13, PJ.

Baru ni aku pergi buat tuning dan check brake..aku komplen ada bau petrol berhampiran kawasan tempat minya diisi. Pihak teknikal dah buat pemeriksaan dan penyelesaiannya adalah dengan cuba mengantikan penutup yang mana dikhuatiri dah kurang gripnya atau agaknya dan kembang ler kot kat kawasan getah di keliling penutup tu…fahaman aku jer..

Tapi memandangkan tak ada stok, kena oerder part…baru ni aku mendapat panggilan barang dah ada..dan aku pula baru ada kelapangan pada hari ni..apa lagi terus pergi untuk dapatkan barang gantian..harap tiada lagi bau minyak petrol kadang-kadang benda remeh kalau di biarkan atau buat tak kisah akan membahayakan.

Tapi aku sampai lambat dan ramai orang aku kena tunggu looor…hehehehe. Tak pa asalkan dapat yang terbaik.
Tak pulak aku rasa bosan menunggu sebab pihak proton edar telah menyediakan jaluran wifi dan setiap komputer boleh ler aku layan surfing internet dan forum EOCM.

Sekian entri yang tak seberapa dan secara spontan taip..hehehe

 
5 Komen

Posted by di Jun 7, 2011 in Exora Milik Aku

 

>Servis Exora odo meter km40100

>

Assalamualaikum.

Hari ini 13/4/2011, aku bawa exora ke tempat servis Proton Edar iaitu di Seksyen 13, P.Jaya. Untuk buat major servis iaitu KM40000. Kali ini aku pergi lewat sikit (jam 09:45). Setelah daftar di kuanter dan di beri penerangan oleh SA (service advisor), aku di minta tunggu..apa lagi yang aku boleh buat…layari internet jerlah..hehehe.

Servis Major kali ni aku di kenakan bayaran sebanyak RM452.10 setelah aku minta tolak apa yang aku rasa tidak perlu dan selepas aku meminta pandangan SA Proton Edar. ((yang membuatkan major servis mahal dari basic dan regular ialah minyak (ATF) – minyak gear maklumlah gear auto))

Aku memang suka datang servis kat sini dari masa aku pakai waja lagi kerana bagi aku servis dan hasil kerja pomen memang ok dan juga keperihatinan Teknikal Supervisor bila ada komplen dari aku…hehehe.

Sesiapa yang rasa ingin mencuba servis di sini, aku sertakan alamat :

Pusat Servis EON
Proton Edar Seksyen 13 PJ
Lot 4A, Jalan 13/6A
46200 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
03-79545859 / 79577428
Faksimili 03-79576214

Kordinat – NDrive / Papago / I-go Primo
3° 6’59.80″N
101°37’58.43″E

 

>Ganti Part di P. Servis Proton Edar – Seksyen 13 Petaling Jaya

>

Assalamualaikum / Salam Sejahtera.

Pagi tadi aku pergi ke Pusat Servis Proton Edar – Seksyen 13 Petaling Jaya, kerana ingin memeriksa “belting” “air cond dan power stering”  ni mengeluarkan bunyi yang amat kurang enak di dengar oleh aku. Boleh dikatakan setiap kali aku nak panaskan enjin dalam keadaaan “air cond on atau tidak” bunyi ni ada sehinggalah enjin dah panas baru bunyi akan hilang.

Sebelum ni aku pernah komplen kepada Pusat Servis akan hal tersebut, penyelesaiannya mereka telah “lubricate” dahulu dan memberitahu aku agar menggunakan dahulu tengok macamna, sekiranya masalah berulang atau menjadi lebih teruk, datang semula untuk proses penukaran “belt” (tidak termasuk dalam jaminan).

Aku tak buat temujanji pun, terus pergi jer, setibanya di P. Servis Proton Edar baru jer park exora aku terlihat sebuah exora yang mana aku kenal pemiliknya (bro ezad7604 @ EOCM 218).Dia nak buat servis km15000 +/- (maklumlah kereta jarang di gunakan) dan dia nak buat (replacement kunci spare yang hilang).

Service Advisor (SA – Aishah), telah memanggil nama aku pada jam 8.10am dan setelah aku memaklumkan segalanya pada SA. Aku dan bro Ezad pergi minum di warung berdekatan berbual-bual bersama dua lagi rakan beliau, lama dah tak ngeteh dengan bro Ezad ni…:),

Pada jam 10.20am aku telah di hubungi oleh pusat servis memaklumkan kereta dah boleh ambil (salah satu sebab aku suka datang servis kat sini sebab khidmat servisnya yang cepat dan kualiti kerja yang bagus).
SA – Aishah menerangkan apa yang telah dilakukan kepada exora aku.

  • PW811826 – ASSY TENSIONER ACC DRIVE – ganti baru (warranty claim)
  • PW811496 – BELT ACCESSORIES DRIVE – tukar baru (bayaran dikenakan) RM70.00 +/-

Aku dikenakan bayaran sebanyak RM59.10 (selepas diskaun daring card) bagi semua proses yang dilakukan. Aku memang puas hati.

P/s –   Semakin lama semakin bagus kemudahan yang di adakan di pusat servis ini, siap ada awek datang tanya, encik mahu apa-apa minuman tak ? dia tolong sediakan dan hidang…

 

>Waterless Car Wash and Emblem Handling By Lotus

>

Assalamualaikum.
Terlebih dulu aku mohon maaf banyak posting aku yang aku dah draft tapi tak publish.
Maklumlah orang yang agak sibuk…hehehe.
Pada tanggal 15/01/2011, aku ikut bro jimon(owner blog ABM) yang membuat satu
temujanji bagi proses menempek CF sticker eyelid mengikut citarasa beliau dengan Yazan
(free lance dalam menempek sticker) di Dori Dori Auto Works Shah Alam. Aku pergi pun
sebab nak lihat hasil precut eyelid yang akan di tempek ke lampu hadapan exora jimon.
Seawal jam 10.00am, kami dah pun berada di lokasi kejadian, tunggu Yazan yang belum
kunjung tiba.Disebabkan dah ada perjanjian berdarah temujanji dan oleh kerana
aku berkenan dengan hasil precut eyelid yang ditempekkan di exora seorang lagi
EOCM member bro zamsurvey kami terus menanti .


Sementara menanti kehadiran Yazan, aku berurusan jual beli produk Waterless Car Wash(WCW)+Emblem HANDLING BY LOTUS dari bro jimon.



 berminat mengetahui lebih lanjut berkenaan produk di atas, silalah klik pada gambar.

Dah beli aku terus mencuba WCW pada exora aku dan hasilnya memang memuaskan…KILAT beb! hehehe.

Tengah seronok mengosok, sampai seorang member EOCM, bro Levinz(bukan nama sebenar). Aku buat demo kat bonet depan exora dia..terus dia berkenan sambar satu botol. Kedatangan bro Levinz adalah untuk smoked lampu hadapan exora dia. Tapi dia tak lama bersama kami, terpaksa bergegas pulang panggilan tugas.
Yazan sedang proses menempek sticker eyelid ke lampu hadapan bro jimon. Teliti sungguh hasil kerjanya. (jam 12.00 t/hari Yazan sampai ke lokasi.)
Proses menempek



Dah Siap

Sengaja aku tak letak banyak gambar proses menempek . Jika berminat nak tahu lebih lanjut boleh klik sini. Bila proses menempek siap macam dah berjanji pulak seorang lagi member EOCM sampai ke lokasi iaitu bro pekanz dengan exo beliau.



hari tu bro jimon betul2 berpuas hati dengan tempekan sticker eyelid
aku pula kena tunda tempekkan eyelid di sebabkan warna sticker aku belum ada stok, akan tetapi aku puas hati juga dapat sambar WCW dan Emblem LOTUS.
 
2 Komen

Posted by di Mac 8, 2011 in EOCM Related, Exora Milik Aku

 

>Servis Exora odo meter km35000

>

Pada hari Khamis 24/02/2011, aku tidak bertugas (off duty).

Aku membuat keputusan nak pergi servis exora aku yang mana odo meter dah menunjukkan km35800 ke Pusat Servis Proton Edar bertempat di Seksyen 13, Petaling Jaya.

Sepatutnya aku membuat temujanji dahulu, oleh kerana sibuk sangat kat tempat kerja terlupa…aku redah jer pergi ke SC…awal-awal pagi aku dah ada kat pusat servis. Bukan apa supaya dapat giliran dan cepat selesai.

mekanik baru selesai briefing
Kereta seawal pagi 

Setelah selesai sessi pendaftaran (nasib baik mereka terima walaupun tak buat temujanji terlebih dahulu), dan berurusan dengan Service Advisor(SA).

1) Servis 35000km.
2) komplen lampu belakang sebelah kiri asyik berwap dan wap tu lama jugalah baru hilang.
3) Periksa “belting” ada bunyi setiap pagi nak hidupkan enjin, bunyi tu akan hilang setelah enjin panas.

Semasa menanti exora aku siap, aku apa lagi melayari internet dengan kemudahan wifi yang disediakan. aku terbaca satu pamplet promosi di pusat servis seperti gambar dibawah:

Jam 11:30am exora aku sudah siap di servis. SA tu memberitahu aku semasa aku nak membuat pembayaran bahawa masalah yang aku adukan itu telah diselesaikan iaitu :-

1) Siap segala proses berkaitan servis.
2) lampu belakang digantikan dengan yang baru.
3) lubricate balik kat “belting” dan bunyi itu sudah tidak kedengaran :) (tapi dia kata sekiranya dalam seminggu dua ni berbunyi balik, bawa kereta semula dan belting itu akan ditukar tapi bayaran barang akan dikenakan kerana ianya tidak termasuk dalam waranti.

Bayaran yang dikenakan ke atas semua proses selepas diberikan diskaun Daring Card ialah sebanyak RM173.70. Aku telah diberi satu hadiah berupa alat untuk periksa sukatan angin tayar.(rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari) kata orang lama (otai) :).

 
Tinggalkan komen

Posted by di Februari 27, 2011 in Exora Milik Aku

 

>Lampu LED (headlamp)

>

Assalamualaikum.


Selepas TT berbola mata lokalan yang bertempat di Warong Tasek Kelana Jaya pada 28 Januari 2010 bersurai. Saudara Lehman (EOCM member) aka Shahrul IBM membuat penjualan bergeraknya.


Aku telah membeli satu Lampu LED (warna putih ) untuk dipasangkan ke lampu hadapan Exora aku dengan harga yang aku rasa patut2 lah.


Sedikit gambar yang ingin aku kongsikan  :-
Gambar LED

Selepas Dipasang LED

Pandangan Sudut Bucu Hadapan

Bolehlah nak merasa pakai kat Exora aku :).
Sesiapa yang berminat boleh menghubungi Shahrul aka Lehman di talian digi 0162189772.Selain dari lampu LED (ada 3 warna)-(putih,biru dan ungu), Grounding Cable, Wiper dan Carbon Sticker pelbagai Warna

 
4 Komen

Posted by di Februari 22, 2011 in Exora Milik Aku

 

>ON WHEEL BALANCING & ALLIGNMENT

>

Assalamualaikum.
Pada 18/01/2011 aku balik kampung halaman Simpang Empat, Alor Gajah, Melaka, teringat nak pergi buat on wheels balancing dan allignment. 

Yang sebenarnya aku dah lama aku draft topic ni dan disebabkan baru sekarang ni masa mengizinkan, barulah dapat aku publish topic ni sekadar berkongsi info jer.



Pergi ni pun sbb terbaca posting rakan EOCM di SR…

masa raya nanti jom buat balancing kat SC klemak, alor gajah  Wink



sikit pembetulan bro, bukat kat SC Klemak, kat kedai otai area simpang empat klemak tuh…ni picture sket kasik Chan tgk on wheel balancing…kat ipoh x de kot Chan.. Grin







Uploaded with ImageShack.us


First time aku tengok machine dan kaedah balancing yang di gunakan… Shocked Grin Cool

sempat juga aku mengambil gambau buat rujukan kengkawan…manalah tahu suatu hari kalau nak buat…nak merasa…hihihihi

ON WHEEL BALANCING & ALLIGNMENT DI ALOR GAJAH MELAKA  

TERPERINCI : Berdekatan Simpang 4 antara ke Alor Gajah –ke Lendu / Masjid Tanah / Tg. Bidara – ke Durian Tunggal / Jasin –ke Bandar Melaka, selepas  Sekolah DOL SAID menghala ke Bandar Melaka. 

Tambahan info lokasi. kedainya betul2 kat tepi simpang dan juga bersebelahan dengan 
pencawang kecil TNB. kedai memang nampak buruk,tapi pomen lama dan banyak pengalaman tu.

Bertentangan dengan kedai ni (seberang jalan) seperti gambar di bawah:-

On Wheel Balancing – RM 10.00 sebiji x 4 = RM 40.00

Untuk tidak memeningkan sila lihat gambar ini dari kiri ke kanan,
mulakan dari atas ke bawah (proses yang berlaku)
Allignment  RM 20.00
Untuk tidak memeningkan sila lihat gambar ini dari kiri ke kanan, 
mulakan dari atas ke bawah (proses yang berlaku)

Masa yang diambil untuk proses balancing dan allignment ni 
dari 15:30 – 16:15 = 0:45 min, dan proses ni memerlukan dua orang.. Cool 

Siapa yang berminat atau ingin mencuba bolehlah pergi ke Alamat 

KM 240, Kampung Kelemak, Alor Gajah, 78000 Melaka. 
No Tel : 06-5562703 / 012-6842663 
Nama tokeh kedai Leong Foo Heen kelebihan boleh cakap TAMIL


 
4 Komen

Posted by di Februari 18, 2011 in Exora Milik Aku

 

>Tukar Grill H-Line ke B-Line

>

Projek seterusnya tukar grill h-line ke b-line (buat sendiri) D.I.Y, tapi aku follow posting rakan EOCM SR – K.E.
Aku beli grill tersebut dari Pusat Service Proton Edar Seksyen 13 P.Jaya berhampiran bulatan Rothmans.
harga sebenar Rm26.00 tetapi memandang aku ada daftar “DARING CARD” dan mendapat diskaun untuk item tertentu aku dapat beli grill tersebut dengan harga Rm21.20.


Bila aku punya masa lapang aku pun pasang grill kat pesawat nampak dari posting K.E tu macam mudah jer, hakikatnya pergh terkial-kial jugalah nak buka skru seperti gambarajah di bawah :-




K.E
EXORIAN
Hero Member
*
Posts: 1392




« Reply #21 on: November 14, 2010, 10:39:08 PM »
Reply with quoteQuote


salam…

tukar grill hi-line kpd base line….






1. Tanggalkan grill yg asal credit bro Greyarmy:-


cara membukanya :
a.   Buka skru (saiz 10) 2 batang kiri n kanan  tu…
b.   Buka klip plastik (warna hitam ) 4 batang..
c.   Tarik keluar sikit bahagian atas bumper tu.. dia lembut ja  
      tapi jangan kopak kuat2 sangat..takut kiat pulak..
d.   gunakan skrewdriver bunga(filip) yang paling pendek ..buka skru . 
      ada 10 batang…(yang ni rumit sikit..coz space dia terhad..

Kalau nak lebih mudah buka keseluruhan (skru) bumper hadapan, 
supaya lebih senang proses menanggalkan grill asal seperti gambar 
di atas. 

2. antara tools & parts yg digunakan dlm projek nih…..


3. lekatkan ‘pedang/chrome garnish’ pd grill base-line
gunakan screw 1inch. x 6 & washer/bracket tambahan..

4. grill base-line line yg siap dgn ‘pedang/chrome garnish’…..


5. pasang balik grill base line kat bumper….pstu siap….
gunakan segala skill yg anda ada….be patient….jauhkan dari 
gangguan anak2 & isteri tercinta…. 

Yang ini pula gambar Exora aku sebelum pasang :-

Gambar Exora aku selepas tukar Grill B-Line :-

Terima kasih kepada :-

K.E EOCM-562 SR dan terima kasih kerana memberi 
keizinan kepada aku meletakkan posting beliau di blog aku ni.

Selamat mencuba kepada sesiapa yang berminat :)
 atau 
Kalau susah nak buat hantar je mana2 kedai accessories… :)




 
Tinggalkan komen

Posted by di Februari 18, 2011 in Exora Milik Aku

 

>VS – Voltage Stabilizer ( Stabil Voltage)

>


Hampir lupa sebelum aku melakukan proses pemasangan BK (bodykits),(tarikh pun tak ingat dah)


Aku dan azhar77 telah pergi ke Unimec Accessories kat Tmn. Equine Puchong berhampiran balai polis dan Jusco.

Aku telah memasang VS – jenis pivot raizin 21000uf pakej sekali dengan grounding cable(wayar warna merah)dengan rege pada masa tu RM170.Aku juga memasang bonet depan dengan sesuatu yang boleh mengurangkan bunyi enjin daripada masuk ke dalam kabin, ianya juga kalis air..(sebelum tu aku pasang  kat kedai Abang yang berharga rm55.00 tapi seperti tiada apa2 perubahan) – jadi pasang yang seperti dalam gambar baru hati rasa puas..hehehe. Aku juga minta Abg Zul (tauke kedai Unimec Accesories) pasangkan CF Sticker kat semua side door. ( total kemua item di atas ialah RM500.00).   

Gambaran Sebenar
Hasilnya memang ok ngauman enjin telah berkurangan dan lampu sedikit terang, manakala audio sound pula semakin best.

Sehinggalah aku terbaca posting dalam EOCM (Exora Owner Club Malaysia), berkenaan VS Kechat. Nilai 180K uf yang sememang mendapat sambutan menggalakkan di kalangan eocm member dan testimoni yang menarik dari mereka yang telah menggunakan VS Kechat ni.
VS KECHAT 180K uf
Apalagi menabung nak membeli sambil aku rekomenkan / promote kepada rakan-rakan…seperti adamsulaiman4868 , aim_seman, sazli nordin, rem80 dan beberapa orang lagi…
Barang baik dan after sales service yang bagus mestilah menjadi keutamaan kita sebagai pembeli atau pengguna….berbaloi-baloi. Jadi tak salahlah kalau aku ingin berkongsi atau puji VS Kechat ni. :)
Dah memang rezeki aku, dengan izin allah aku telah memenagi cabutan bertuah semasa di YEG 2010 EOCM di Summerset Resort, Rompin Pahang. Yang mana hanya 3 VS telah di bawa oleh bang Din. Aku adalah salah seorang di antara mereka yang dapat percuma VS Kechat.
Kedudukan VS yang sesuai bagi Exora
Apalagi terus pasang pada keesokan hari oleh abg din dan aku mencuba VS Kechat semasa balik ke rumah mertua aku di K. Terengganu…pergh mmg menarik dan syok…aku sedikit sebanyak hilang cara pemanduan secara berhemah…asyik nak merembat jer….mana taknya pedal minyak terasa smooth dan pickup semasa di lampu isyarat bertukar kepada HIJAU.
Kepada sesiapa yang berminat boleh mendapatkan VS Kechat di blog ABM @ http://myjimon.blogspot.com/2010/07/vs-kechat-for-exora.html
 
5 Komen

Posted by di Januari 9, 2011 in Exora Milik Aku

 

>GRILL CHROME (FRONT)

>

Pada 16/12/2010
Alang2 balik ke kampung halaman, dan dah tertarik dengan posting eocm member K.E dari SR.
Aku pun pergi ke Best City Accessories , Cheng MELAKA.

sebelum

dah ukur grill tp tak boleh masuk kat BK Air Master pada awalnya…

apalagi modified skit (potong tu skill staff Best City Acc – Cheng)

Pemasangan

Hasilnya… (gambar ni aku ambil di LCCT)

Dan ianya di

Sempat lagi pasang Plate frame penuh.. Grin Grin Grin

 
7 Komen

Posted by di Januari 8, 2011 in Exora Milik Aku

 
 
WordPress.com News

The latest news on WordPress.com and the WordPress community.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.