RSS

>VS – Voltage Stabilizer ( Stabil Voltage)

09 Jan

>


Hampir lupa sebelum aku melakukan proses pemasangan BK (bodykits),(tarikh pun tak ingat dah)


Aku dan azhar77 telah pergi ke Unimec Accessories kat Tmn. Equine Puchong berhampiran balai polis dan Jusco.

Aku telah memasang VS – jenis pivot raizin 21000uf pakej sekali dengan grounding cable(wayar warna merah)dengan rege pada masa tu RM170.Aku juga memasang bonet depan dengan sesuatu yang boleh mengurangkan bunyi enjin daripada masuk ke dalam kabin, ianya juga kalis air..(sebelum tu aku pasang  kat kedai Abang yang berharga rm55.00 tapi seperti tiada apa2 perubahan) – jadi pasang yang seperti dalam gambar baru hati rasa puas..hehehe. Aku juga minta Abg Zul (tauke kedai Unimec Accesories) pasangkan CF Sticker kat semua side door. ( total kemua item di atas ialah RM500.00).   

Gambaran Sebenar
Hasilnya memang ok ngauman enjin telah berkurangan dan lampu sedikit terang, manakala audio sound pula semakin best.

Sehinggalah aku terbaca posting dalam EOCM (Exora Owner Club Malaysia), berkenaan VS Kechat. Nilai 180K uf yang sememang mendapat sambutan menggalakkan di kalangan eocm member dan testimoni yang menarik dari mereka yang telah menggunakan VS Kechat ni.
VS KECHAT 180K uf
Apalagi menabung nak membeli sambil aku rekomenkan / promote kepada rakan-rakan…seperti adamsulaiman4868 , aim_seman, sazli nordin, rem80 dan beberapa orang lagi…
Barang baik dan after sales service yang bagus mestilah menjadi keutamaan kita sebagai pembeli atau pengguna….berbaloi-baloi. Jadi tak salahlah kalau aku ingin berkongsi atau puji VS Kechat ni. πŸ™‚
Dah memang rezeki aku, dengan izin allah aku telah memenagi cabutan bertuah semasa di YEG 2010 EOCM di Summerset Resort, Rompin Pahang. Yang mana hanya 3 VS telah di bawa oleh bang Din. Aku adalah salah seorang di antara mereka yang dapat percuma VS Kechat.

Kedudukan VS yang sesuai bagi Exora
Apalagi terus pasang pada keesokan hari oleh abg din dan aku mencuba VS Kechat semasa balik ke rumah mertua aku di K. Terengganu…pergh mmg menarik dan syok…aku sedikit sebanyak hilang cara pemanduan secara berhemah…asyik nak merembat jer….mana taknya pedal minyak terasa smooth dan pickup semasa di lampu isyarat bertukar kepada HIJAU.
Kepada sesiapa yang berminat boleh mendapatkan VS Kechat di blog ABM @ http://myjimon.blogspot.com/2010/07/vs-kechat-for-exora.html
 
5 Komen

Posted by di Januari 9, 2011 in Exora Milik Aku

 

5 responses to “>VS – Voltage Stabilizer ( Stabil Voltage)

  1. jimon

    Januari 23, 2011 at 16:10

    >Tahniah bro…hehe orang lain kena beli, ko plak dapat luck draw πŸ™‚

     
  2. mdshaari

    Januari 24, 2011 at 13:01

    >hihhihi tapi aku nak ucapkan terima kasih pada geng lendat yang memperkenalkan aku kelebihan VS ni..tuah badan ….

     
  3. mdshaari

    Februari 26, 2011 at 07:30

    >Seorang lagi member aku yang sudah menggunakan VS Kechat ni. iaitu En. Zuhir yang menggunakan Kia Forte dan feedback dari hasil penggunaan beliau :-Sebelum ni FC – 9.2 per/100kmSelepas pasang – 7.5 per/100km kata dari En. Zuhir. Sekian.Sesiapa yang ingin mengetahui lebih lanjut kelebihan VS Kechat dan feedback dari org yang menggunakannya sila ke blog ABM @ http://myjimon.blogspot.com

     
  4. zai_jnr

    Ogos 25, 2012 at 22:36

    salam tuan, boleh email kan saya rege terkini VS Kechat?try bukak jimon punyer blkog ngak dapat… and address and num contact kedai yg tuan buat sound proof kat bonet exora tuan..

    zai_jnr@yahoo.com

     
    • mzmedianet

      November 15, 2012 at 19:42

      Mohon maaf kepada semua pengunjung, lama dah tak masuk wordpress nihhh…

      Erm. Nnt saya dapat harga terkini. Adakah anda ahli EOCM?

      Maafkan saya sekali lagi.

       

Tinggalkan Jawapan kepada jimon Batal balasan

 
WordPress.com News

The latest news on WordPress.com and the WordPress community.