RSS

>Hampir 16jam balik ke Kuala Lumpur – selepas CNY (06-02-2011)

14 Feb

>

Pada 06-02-2011
Perjalanan aku dari Kota Bharu bermula jam 15:00 atas sebab2 tertentu melalui jalan Pasir Hor – Machang – Kuala Krai – Gua Musang – Kuala Lipis – Raub – Bentong – Gombak – Kuala Lumpur.

Perjalanan yang biasanya mengambil masa lebih kurang 7jam menjadi hampir 16jam (termasuk berhenti makan,solat dan buang apa yang patut).

Sangkut di jalan menghampiri lampu isyarat Kuala Krai kerana ada polis buat sekatan jalan, mengakibatkan jalan menjadi semakin sesak. Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa lebih kurang 45min dah jadi hampir 4jam. Lepas saja dari kawasan sekatan lalu lintas kembali lancar.

Jam 23:30pm aku dan keluarga berhenti di Petronas Felda Kerchau untuk mengisi, membuang apa yang patut, bersolat serta meregang-regangkan urat dan pinggang, hampir 1 jam berhenti. Kendengaran ramai orang yang mengeluh mengatakan lebuhraya Karak dari Bentung ke Tol Gombak lebih sesak dan hampir tidak bergerak.

Aku teruskan juga perjalanan perlahan – lahan sebab mengantuk dan berharap kesesakan jalan tadi akan lancar setibanya di tol Bentung / Karak nanti. Akan tetapi jangkaan dan pengiraan aku meleset apabila keaadan bertambah sesak di tol tersebut akibat dari banyak kenderaan yang memarkir kereta masing di kawasan sebelum dan selepas pondok tol yang mana menggunakkan dua lorong.

Memang pihak lebuhraya talah mengambil langkah penyelesaian dengan membuka satu lorong dari arah bertentangan…selepas bayar tol tapi aku tak berpeluang nak masuk akibat kesesakan yang amat.
Aku tidak mau berhenti seperti yang lain, meneruskan perjalanan di sebabkan ada urusan pada jam 8.00am aku meneruskan perjalanan, biar perlahan asalkan selamat sampai. Tapi kesesakan ni memang yang paling teruk sepanjang perjalanan aku selama ini bila bercuti balik kampung “moksu”.
Setiba di satu kawasan aku lihat beberapa kenderaan kenari, kancil dan kereta mengikuti jalan yang mana rasanya ada orang dah cabutkan tiang pembahagi jalan, apa lagi aku tak mau terlepas peluang kali ni terus mengekori kenderaan yang lain dengan mengambil tindakan yang sama. Tetapi laluan hanya muat untuk kenderaan yang kecil….aduuuh…terpaksalah aku parking sekejap sebab dah tah tahu nak buat apa lagi.
Tak lama kemudian ada sebiji pacuan empat roda (jip) cuba melalui jalan tersebut tetapi malang pula sebab tetiba bateri “KONG”. pada masa tu aku dan sepupu aku cuba mengalihkan tiang pembahagi jalan dan berjaya membesarkan laluan….hihihihi.
Selepas membantu menolak Jip tadi ke tepi agar tidak menghalang kenderaan lain melepasi laluan tersebut, (kat sini aku pelik dengan sikap segelintir manusia…sbb ketika aku melambai tangan agar membantu menolak jip tiada seorang pun yang ingin menghulurkan bantuan, biarpun mereka hendak menggunakan laluan tersebut.) 
Aku pula malas nak bertengkar tolak juga jip bersama sepupu dan owner jip tu…akhirnya berjaya…alhamdulillah aku kembali meneruskan perjalanan dan sememangnya jalan alternatif tu tidak sesak malah lebih lancar sehinggalah melepasi terowong Janda Baik barulah kembali ke laluan asal..dan yang peliknya tidak pula sesak…bermakna kesesakan tu hanya sebelum terowong.
Aku tiba di tol Gombak pada jam 05:40am dan selamat sampai di rumah pada jam 06:00am…sesungguhnya perjalanan kali ni terlalu lama bagi aku (nak buat macamana dah musim perayaan dan sebab yang tak boleh dielakkan…yang penting aku dan keluarga selamat sampai ke destinasi.
Sekadar berkongsi pengalaman aku…..
 
2 Komen

Posted by di Februari 14, 2011 in Berkaitan Diri Aku dan Pengalaman

 

2 responses to “>Hampir 16jam balik ke Kuala Lumpur – selepas CNY (06-02-2011)

  1. jimon

    Februari 14, 2011 at 23:51

    >bilah lah jalanraya kat Malaysia ni nak bebas dari jam…tol bayau mahal, petrol makin naik…tapi kepuasan pemanduan dilebuhraya masih ditahap mengecewakan

     
  2. mdshaari

    Februari 15, 2011 at 00:14

    >betul tu bro aku mmg sependapat ngan bro.

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
The WordPress.com Blog

The latest news on WordPress.com and the WordPress community.

%d bloggers like this: