RSS

>Servis Exora odo meter km35000

27 Feb

>

Pada hari Khamis 24/02/2011, aku tidak bertugas (off duty).

Aku membuat keputusan nak pergi servis exora aku yang mana odo meter dah menunjukkan km35800 ke Pusat Servis Proton Edar bertempat di Seksyen 13, Petaling Jaya.

Sepatutnya aku membuat temujanji dahulu, oleh kerana sibuk sangat kat tempat kerja terlupa…aku redah jer pergi ke SC…awal-awal pagi aku dah ada kat pusat servis. Bukan apa supaya dapat giliran dan cepat selesai.

mekanik baru selesai briefing
Kereta seawal pagi 

Setelah selesai sessi pendaftaran (nasib baik mereka terima walaupun tak buat temujanji terlebih dahulu), dan berurusan dengan Service Advisor(SA).

1) Servis 35000km.
2) komplen lampu belakang sebelah kiri asyik berwap dan wap tu lama jugalah baru hilang.
3) Periksa “belting” ada bunyi setiap pagi nak hidupkan enjin, bunyi tu akan hilang setelah enjin panas.

Semasa menanti exora aku siap, aku apa lagi melayari internet dengan kemudahan wifi yang disediakan. aku terbaca satu pamplet promosi di pusat servis seperti gambar dibawah:

Jam 11:30am exora aku sudah siap di servis. SA tu memberitahu aku semasa aku nak membuat pembayaran bahawa masalah yang aku adukan itu telah diselesaikan iaitu :-

1) Siap segala proses berkaitan servis.
2) lampu belakang digantikan dengan yang baru.
3) lubricate balik kat “belting” dan bunyi itu sudah tidak kedengaran🙂 (tapi dia kata sekiranya dalam seminggu dua ni berbunyi balik, bawa kereta semula dan belting itu akan ditukar tapi bayaran barang akan dikenakan kerana ianya tidak termasuk dalam waranti.

Bayaran yang dikenakan ke atas semua proses selepas diberikan diskaun Daring Card ialah sebanyak RM173.70. Aku telah diberi satu hadiah berupa alat untuk periksa sukatan angin tayar.(rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari) kata orang lama (otai)🙂.

 
Tinggalkan komen

Posted by di Februari 27, 2011 in Exora Milik Aku

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
The WordPress.com Blog

The latest news on WordPress.com and the WordPress community.

%d bloggers like this: