RSS

>Ganti Part di P. Servis Proton Edar – Seksyen 13 Petaling Jaya

21 Mar

>

Assalamualaikum / Salam Sejahtera.

Pagi tadi aku pergi ke Pusat Servis Proton Edar – Seksyen 13 Petaling Jaya, kerana ingin memeriksa “belting” “air cond dan power stering”  ni mengeluarkan bunyi yang amat kurang enak di dengar oleh aku. Boleh dikatakan setiap kali aku nak panaskan enjin dalam keadaaan “air cond on atau tidak” bunyi ni ada sehinggalah enjin dah panas baru bunyi akan hilang.

Sebelum ni aku pernah komplen kepada Pusat Servis akan hal tersebut, penyelesaiannya mereka telah “lubricate” dahulu dan memberitahu aku agar menggunakan dahulu tengok macamna, sekiranya masalah berulang atau menjadi lebih teruk, datang semula untuk proses penukaran “belt” (tidak termasuk dalam jaminan).

Aku tak buat temujanji pun, terus pergi jer, setibanya di P. Servis Proton Edar baru jer park exora aku terlihat sebuah exora yang mana aku kenal pemiliknya (bro ezad7604 @ EOCM 218).Dia nak buat servis km15000 +/- (maklumlah kereta jarang di gunakan) dan dia nak buat (replacement kunci spare yang hilang).

Service Advisor (SA – Aishah), telah memanggil nama aku pada jam 8.10am dan setelah aku memaklumkan segalanya pada SA. Aku dan bro Ezad pergi minum di warung berdekatan berbual-bual bersama dua lagi rakan beliau, lama dah tak ngeteh dengan bro Ezad ni…:),

Pada jam 10.20am aku telah di hubungi oleh pusat servis memaklumkan kereta dah boleh ambil (salah satu sebab aku suka datang servis kat sini sebab khidmat servisnya yang cepat dan kualiti kerja yang bagus).
SA – Aishah menerangkan apa yang telah dilakukan kepada exora aku.

  • PW811826 – ASSY TENSIONER ACC DRIVE – ganti baru (warranty claim)
  • PW811496 – BELT ACCESSORIES DRIVE – tukar baru (bayaran dikenakan) RM70.00 +/-

Aku dikenakan bayaran sebanyak RM59.10 (selepas diskaun daring card) bagi semua proses yang dilakukan. Aku memang puas hati.

P/s –   Semakin lama semakin bagus kemudahan yang di adakan di pusat servis ini, siap ada awek datang tanya, encik mahu apa-apa minuman tak ? dia tolong sediakan dan hidang…

 

4 responses to “>Ganti Part di P. Servis Proton Edar – Seksyen 13 Petaling Jaya

  1. jimon

    Mac 21, 2011 at 15:42

    >bagi kordinat bro🙂 next servis aku nak try buat kat situ

     
  2. mdshaari

    Mac 22, 2011 at 04:48

    >ok roger bro jimon..nnt aku catatkan kat sini.🙂

     
  3. LINA

    September 18, 2012 at 02:08

    Saya sekarang dah berpindah di Kuala Lumpur tapi memang suka service kereta kat situ, kawasannya bersih, tempat menunggu yg selesa, cuma operator nya susah nak angkat telefon..

     
    • mzmedianet

      November 15, 2012 at 19:53

      Terima kasih kerana sudi komen, Aaya sejak guna Proton Waja lagi service kete kat Section 13 PJ.🙂 , bab angkat tepon tu ambo tidak pula menghadapi masalah itu..🙂.

      Maaf dah agak lewat reply, jarang dapat online…hehehe..

       

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
The WordPress.com Blog

The latest news on WordPress.com and the WordPress community.

%d bloggers like this: