RSS

>Tali Minyak / Cable Throttle LC135 PUTUS

23 Jun

>

Assalamualaikum.

Khamis – 23/06/2011 jam 8:40am, Aku merempit pulang dari tempat kerja Pusat Bandar Puchong melalui Lebuhraya NPE menghala ke Taman Bukit Angkasa. Sebelum menghampiri Pondok Tol tali minyak motor LC135 aku putus…adoiyaiii…nasib kurang baik pagi ni…apo nak buekkan. Nak menolak ke rumah mcm jauh sikit..jadi aku buat keputusan menolak ke arah bertentangan dan keluar dari lebuhraya masuk ke kawasan Pasir lama menghala ke Jalan Klang Lama (kalau tak salah aku ler…hehehe). Sebab setahu aku ada satu kedai motorsikal di kawasan berhampiran. Nasibler kedai motor tu dah buka. Fuh Legalah sikit.

Bila aku kata kabel minyak aku putus dan tanya pada tauke kedai ada stok tak? Lega lagi bila dia kata ada..yang kurang leganya bila dia kata ada masalah sikit, pomen dia dua2 belum masuk kerja lagi mungkin lambat sbb ada urusan lain..memandangkan aku dah malas nak menolak motor aku pun ambil keputusan menunggu sajalah pomen dia masuk kerja.

Akhirnya salah satu pomen kedai sampai pada jam 09:35am, terus tauke tu minta pasangkan cable throttle tu dengan kadar segera…tauke tu kata kalau dia pandai pasang dah lama di buatkan..di sebabkan LC135 agak sudah dan leceh sikit proses penukarannya tauke tu tak nak ambik risiko.

Boleh tahan jugak aku menunggu proses pemasangan oleh pomen tu dan akhirnya siap pada jam 10:25am..pergh lamanya menanti, tapi apakan daya aku lagi ler tak pandai…asalkan siap dan boleh merempit balik pun dah kira Alhamdulillah.

Kos-Barang +Upah pasang = RM45.00 ntah ler mahal ke murah atau berpatutan pun aku tak tahu…hehehe.

 
 

2 responses to “>Tali Minyak / Cable Throttle LC135 PUTUS

  1. akuamy

    Julai 1, 2011 at 07:27

    >tali sawat tu putusmemang xbleh nak gerak laaakalo nk gak tarik cara manualhehehe

     
  2. mdshaari

    Julai 1, 2011 at 18:44

    >tu ler pasal dah nasib kurang baik nasib baik menolak tak jauh sangat..nak tarik cara manual pun tak boleh bro sebab putus bahagian tengah..huhuhu

     

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
The WordPress.com Blog

The latest news on WordPress.com and the WordPress community.

%d bloggers like this: