RSS

Surat Pengesahan Kelulusan RAE

09 Feb
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Akhirnya surat keputusan kelulusan RAE yang rasmi dari SKMM dan yang di tunggu oleh semua rakan radio Amatur termasuk aku telah sampai ke peti surat pada hari ini. Ada juga rakan EOCM yang telah menerima surat ini semalam.

Walaupun surat yang aku terima ini terkoyak sampulnya depan/belakang serta seperti telah di buka, mungkin terkoyak semasa posmen menghantar surat atau mungkin ada pihak yang sengaja membuka…apa pun alhamdulillah surat yang ada di dalamnya tiada cacat dan celanya.

Semalam, tengahari aku dan seorang rakan EOCM akuamy pergi ke Pesuruhanjaya Sumpah berhampiran dengan tempat kerja akuamy iaitu di Bangunan Megan Avenue  untuk mendapatkan COP bagi mengesahkan AKUAN BEKANUN MENGENAI KERAHSIAN KOMUNIKASI TANPA WAYAR. (Appendix C). Tandatangan mesti dilakukan di hadapan Pesuruhanjaya Sumpah itu pun selepas di sahkan kad pengenalan aku.

Semalam juga selepas habis tugasan (bekerja shift petang), aku ke tempat lokasi TT (eyeball) dengan rakan EOCM yang mana LULUS dalam peperiksaan RAE sama seperti aku iaitu di Restoran Showru – Kelana Jaya untuk menyerahkan borang kepada cip Jajahan 3D – mad_peros bagi mendapatkan tandatangan 9M. (Appendix B).

Setelah segala proses diatas di selesaikan iaitu :
1- Menerima Surat Pengesahan Kelulusan yang rasmi dari SKMM.
2- Mengisi dan melengkapkan Borang Permohonan Penguntukan Radas Stesen Amatur
     untuk muat turun borang permohonan pendaftaran klik sini
3- Mendapatkan tandatangan 9M (Amatur Kelas A) (Appendix B)
4- Mendapatkan COP Pengesahan dari Pesuruhanjaya Sumpah (Appendix C)
5- Bayaran Permohonan RM60.00 setiap kali permohonan + RM24 setahun.

***Tapi kebiasaannya ramai yang buat maksima iaitu RM24 x 5 tahun = RM120.00 jadi jumlah keseluruhan RM180.00.

Barulah boleh di teruskan untuk mendaftar atau memohon Penguntukan Radas Stesen Amatur (ASAA – Amateur Station Apparatus Assignment) Kelas B di Pejabat-pejabat Wilayah SKMM. klik Peta Lokasi SKMM Cyberjaya

Sekian dulu buat penulisan kali ini. Terima kasih kepada pengunjung blog ini. Assalamualikum dan Salam Sejahtera. 73 Chario bye bye.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
The WordPress.com Blog

The latest news on WordPress.com and the WordPress community.

%d bloggers like this: